Memaparkan catatan dengan label 2015. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2015. Papar semua catatan

Jamuan Akhir Tahun Bersama PIBG

Pada 23 November 2015, Badan Kebajikan Guru & Kakitangan bersama PIBG SKTSJ telah mengadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun di Pulai Spring Resort. Jamuan ini meraikan guru yang bersara iaitu Pn Hjh Zainah binti Ngah, menyambut kedatangan Guru Besar yang baru, En Asmuni bin Kaspan, guru yang berpindah iaitu En Zulkarnain bin Abd Hamid serta mengeratkan hubungan guru-guru, kakitangan sekolah dengan AJK PIBG sekolah.



Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK PIBG dan En Asri selaku YDP yang banyak membantu merealisasikan majlis ini dengan jayanya. Baca Artikel Mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya

Lawatan Ke Kuala Lumpur & Putrajaya

Pada 21 -22 November , pihak sekolah telah menganjurkan lawatan ke Kuala Lumpur dan Putrajaya. Seramai 80 orang murid dan 8 orang guru pengiring telah mengikuti rombongan tersebut untuk melawat tempat-tempat bersejarah dan Petrosains.



Baca Artikel Mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya

Majlis Pengumuman Keputusan UPSR 2015

17 November - Tarikh yang dinanti-nantikan oleh warga SKTSJ untuk mengetahui tentang keputusan UPSR. Segala usaha dan program yang dirancang akhirnya memberikan satu keputusan yang membanggakan untuk semua warga SKTSJ termasuklah ibubapa murid-murid.
Gred purata sekolah yang diperolehi ialah 1.80 dan bilangan semua murid mendapat 5A ialah 14 orang ( 20.59 % ) .


Baca Artikel Mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya

Perkhemahan Unit Beruniform di Hutan Rekreasi UTM

Pada 13 - 14 November, unit Ko-Kurikulum telah menganjurkan satu perkhemahan unit beruniform di Hutan Rekreasi UTM. Perkhemahan ini disertai seramai 50 orang murid daripada empat unit uniform iaitu Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia dan Puteri Islam.


Baca Artikel Mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya

Majlis Persaraan Guru Besar

13 September - Pihak sekolah telah mengadakan majlis " SEKALUNG BUDI, SENTUHAN ABADI" sempena persaraan Pn Hjh Zainah binti Ngah yang merupakan Guru Besar di sekolah ini. Segala persiapan majlis telah mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuklah PIBG sekolah ini.
Majlis ini dihadiri oleh wakil rasmi PPD iaitu En Jamaludin bin Abdul Rahman dan Pengetua serta Guru Besar dari sekolah lain untuk sama-sama meraikan majlis ini.



Baca Artikel Mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya

Motivasi Kecemerlangan Matematik T4

04 September - Seramai 76 orang murid tahun 4 telah mengikuti satu program SKK Matematik iaitu Program Kecemerlangan Matematik yang dijalankan di dewan sekolah. Program ini terdapat dua bahagian iaitu Slot 1 dan slot 2.
Slot 1 , pihak sekolah telah menjemput Dr Hamdan bin Abd Kadir yang merupakan pensyarah UTM, Skudai untuk memberi motivasi tentang mudahnya mempelajari dan menguasai Matematik.


Baca Artikel Mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya

Hari Terbuka Bersama Ibu Bapa & Penjaga

Pada 21 Jun, sekolah telah mengadakan hari terbuka bersama-sama dengan Ibu Bapa/ Penjaga untuk membincangkan prestasi anak masing-masing.


Baca Artikel Mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya

Karnival Matematik SK Methodist SKK Ipoh

23 Mei - Ipoh, SK Methodist Sekolah Kluster Kecemerlangan telah menganjurkan Karnival Matematik dan menjemput semua sekolah kluster seluruh Malaysia menyertai karnival tersebut. Oleh itu, sekolah telah menghantar 4 orang murid yang diiringi 2 orang guru pengiring untuk menyertai pertandingan. Empat orang murid tersebut ialah Keng Weng Hong, Nilam Berry, Visaal Jiva dan Khabessri.

Dua orang guru yang mengiringi murid ke Ipoh pula ialah cikgu Gunalan dan cikgu Nurul Fazlin. Terima kasih di atas tugas sukarela ini.

Dalam pertandingan abakus, Visaal Jiva telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan.

Baca Artikel Mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya

Program Motivasi Tahun 6 - Matematik

22 Mei - Sekolah telah mengadakan Program Kecemerlangan Tahun 6 untuk persediaan awal dan meningkatkan motivasi murid menghadapi UPSR yang bakal menjelang tidak lama lagi. Slot yang pertama, penceramah jemputan En Raffi memulakan aktiviti dengan program motivasi untuk menyedarkan dan meningkatkan rasa keinginan untuk menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh.


Pada slot yang kedua, beliau mengadakan bengkel teknik menjawab Matematik untuk para peserta. Beliau berkongsi ilmu yang diketahui dengan murid-murid untuk menjawab soalan Matematik dengan beberapa teknik. Diharap program ini dapat memberi manfaat kepada murid-murid dan guru. Baca Artikel Mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya

LDP Profesional Learning Comunity

18 Mei - Semua guru diwajibkan mengikuti kursus LDP Profesional Learning Comunity yang diadakan di sekolah. Tempat kursus telah dijalankan di perpustakaan sekolah untuk memudahkan guru-guru melakukan aktiviti yang dibuat oleh penceramah.


Baca Artikel Mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya

Bowling Sempena Sambutan Hari Guru

14 Mei - Warga SKTSJ telah bersama-sama menyertai pertandingan Bowling sempena Sambutan Hari Guru. Pertandingan ini diadakan di Skudai Parade pada pukul 3.00 petang.
Peserta Bowling 2015
Bermacam-macam gaya telah dipamerkan oleh semua peserta.



Baca Artikel Mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya

Kelab Pencinta Alam Sekitar - UTM

Pada 13 Mei, Kelab Pencinta Alam Sekitar yang diwakili oleh pelajar UTM telah datang ke sekolah untuk mempamerkan bahan-bahan yang terbuang boleh digunakan semula. Aktiviti ini bermula jam 12.30 dan berakhir pada jam 2.45 petang. Murid-murid tahap 2 dapat melihat dan melakukan beberapa aktiviti yang disediakan oleh pelajar-pelajar UTM.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada pensayarah dan pelajar yang terlibat dalam kerjasama antara sekolah dan pihak UTM. Semoga ia merupakan titik permulaan hubungan ini akan berterusan dengan pelbagai aktiviti lagi. Baca Artikel Mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya

Bola Tampar Antara Guru-Guru

Pada 06 Mei- Badan Kebajikan Guru Kakitangan sekolah telah mengadakan pertandingan bola tampar antara warga sekolah. Setiap guru dibahagikan kepada 4 kumpulan dan bermain dengan format kalah mati. Antara aksi guru-guru :


Baca Artikel Mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya

Pertandingan Memasak Antara Unit Beruniform

29 April - Bersempena menyambut hari Guru yang akan tiba tidak lama lagi, BKBGS telah menganjurkan pertandingan memasak antara unit beruniform. Guru-guru penasihat unit beruniform akan memasak udang dengan kreativiti masing-masing.

Baca Artikel Mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya

Pertandingan Kompang Formasi Daerah Johor Bahru

25 April - Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya telah dipilih untuk menganjurkan pertandingan kompang formasi peringkat daerah Johor Bahru. Sebanyak 5 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini.


Baca Artikel Mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya

Pasukan Bomba Menghalau Lebah

14 April - Sekumpulan lebah telah membuat sarang pada bumbung bangunan sekolah di blok B. Keadaan ini bahaya kepada keselamatan murid-murid . Oleh itu pihak sekolah telah meminta bantuan daripada pihak bomba di balai Bomba Taman Universiti untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah.
Pada pukul 11.00 malam, seramai 3 orang pihak bomba telah datang pada waktu yang dijanjikan untuk menghalau lebah itu.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pasukan bomba yang telah menjalankan tugas dengan baik. Baca Artikel Mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya

Karnival Bahasa Inggeris Zon Nusajaya

11 April - Satu karnival Bahasa Inggeris telah diadakan di SK Kompleks Sultan Abu Bakar di Gelang Patah. Panitia Bahasa Inggeris telah menghantar murid-murid untuk menyertai "Action Song, Scrabble dan Storytelling dalam karnival tersebut.
Tahniah kepada guru-guru dan murid-murid yang berusaha keras dalam menyertai karnival ini.
Baca Artikel Mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya

Pertandingan Hoki MSSD Johor Bahru

Pada 07 - 08 April, pasukan hoki sekola telah menyertai pertandingan hoki peringkat MSSD Johor Bahru yang diadakan di Stadium Hoki, Taman Daya.




 Tahniah dan cuba lagi di masa hadapan..

Baca Artikel Mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya

Pelancaran Bulan Bahasa Melayu

5 Mac - Panitia Bahasa Melayu telah melancarkan bulan Bahasa Melayu yang dirasmikan oleh Pn Hjh Zainah binti Ngah, Guru Besar SKTSJ. Antara aktiviti-aktiviti sempena bulan Bahasa Melayu ialah pertandingan Bercerita, Sajak, Syair, Pidato, Kuiz dan Bicara Berirama.

Tahniah panitia Bahasa Melayu dan semoga aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya.

Baca Artikel Mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya

Kem Bestari Solat Murid Tahun 4

3 April- Guru j-QAF dan guru Pendidikan Islam telah mengadakan Kem Bestari Solat bagi murid-murid tahun 4 bermula jam 7.30 am - 12.30 pm. Seramai 51 daripada 60 orang murid Islam telah  mengikuti kem tersebut.
Kem Bestari Solat Tahun 4 2015
Ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua yang menjayakan kem ini.

Baca Artikel Mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya