Piagam Pelanggan SK Taman Selesa Jaya

Kami warga SK Taman Selesa Jaya, Johor Bahru dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :


  • Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara.

  • Memastikan kami sentiasa peka dan progresif kepada kehendak dan keperluan pelanggan iaitu pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara.

  • Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan yang segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.

  • Sentiasa bersedia memberi penerangan tunjuk ajar dan bimbingan kepada pelajar.

  • Mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang kondusif kea rah melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara

  • Menentukan guru-guru dan staf sokongan sentiasa berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab, inovatif, kreatif, imaginative dan produktif.

  • Memastikan setiap guru dan staf sokongan sekolah berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.

  • Sentiasa berada dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan