Program Motivasi Tahun 6 - Matematik

22 Mei - Sekolah telah mengadakan Program Kecemerlangan Tahun 6 untuk persediaan awal dan meningkatkan motivasi murid menghadapi UPSR yang bakal menjelang tidak lama lagi. Slot yang pertama, penceramah jemputan En Raffi memulakan aktiviti dengan program motivasi untuk menyedarkan dan meningkatkan rasa keinginan untuk menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh.


Pada slot yang kedua, beliau mengadakan bengkel teknik menjawab Matematik untuk para peserta. Beliau berkongsi ilmu yang diketahui dengan murid-murid untuk menjawab soalan Matematik dengan beberapa teknik. Diharap program ini dapat memberi manfaat kepada murid-murid dan guru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan