Kata Alu-Aluan Guru Besar


KATA-KATA ALUAN GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SELESA JAYA
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Rakan-rakan pendidik dan staf yang dimuliakan.

Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya, Johor adalah adalah merupakan wadah untuk kita melaksanakan amal ibadah, tanggungjawab dan amanah kepada agama, bangsa dan Negara tercinta. Dewasa ini SKTSJ adalah merupakan wakil organisasi kerajaan yang memberikan kita rezeki untuk membahagiakan kehidupan rumah tangga. Itulah realiti yang kita akui selama ini.

Sebagai warga pendidik dan staf SKTSJ tugas kita sentiasa mencabar pada setiap tahun dan sepanjang masa, sesuai dengan status di antara sekolah cemerlang di peringkat daerah dan negeri. Visi untuk menjadi sekolah gemilang menjadi azimat kepada kita melaksanakan tugas di dalam dan di luar bilik darjah. Pastinya kita perlu lebih komited, lebih dedikasi, lebih proaktif dan lebih kreatif untuk melaksanakan tugas dengan berkesan dan berkualiti supaya berjaya menghasilkan kegemilangan akademik dan kokurikulum anak-anak didik sekolah kita.
Moto SKTSJ iaitu WAWASAN ASAS KECEMERLANGAN merupakan semangat untuk menyokong pencalonan sekolah kita sebagai SEKOLAH CEMERLANG dan SEKOLAH TONGGAK oleh Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru dan Pengarah Pelajaran Johor. Proses penambahbaikan untuk memperbaiki kelemahan, memperkemaskan dokumentasi maklumat dan mempertingkatkan prestasi pencapaian dalam semua bidang adalah tanggungjawab bersama pasukan SKTSJ.
Resepi kejayaan telah dinyatakan dalam MISI SKTSJ iaitu ’Berusaha mendidik dan membimbing murid-murid untuk mencapai kecemerlangan ilmu, potensi dan sahsiah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui pendekatan bersepadu, berkualiti dan harmoni’.
Setiap warga SKTSJ hendaklah sentiasa menyumbang idea, masa dan tenaga dalam satu pasukan. Pasukan yang sentiasa bersepadu, sentiasa tolong-menolong, sentiasa bekerjasama, sama-sama susah dan sama-sama gembira. Nilai SKTSJ (Sayang, Kerjasama, Tekun, Setia dan Jujur) sentiasa menjadi amalan kita.
InsyaALLAH, semoga tuhan memberi petunjuk-Nya kepada kita semasa melaksanakan tanggungjawab dan amanah ini serta memberikan amal ibadah kita di SKTSJ.

Ikhlas
(PN HJH ZAINAH BT NGAH)
Guru Besar SKTSJ
Baca Artikel Mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya