Latar Belakang Sekolah

Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya telah dibuka secara rasminya pada 01.12.1994. Sekolah ini terletak di kawasan Parlimen Gelang Patah dan ADUN Skudai, N24. Ia bermula dengan tenaga pengajar seramai 18 orang, seorang Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Am Rendah dan seorang Tukang Kebun. Peringkat permulaan sekolah ini menerima pelajar seramai 512 orang murid yang terdiri pelbagai kaum.
Pada awal persekolahan, pelbagai kesusahan yang dihadapi oleh guru-guru dan para pelajar seperti kekurangan peralatan dan persekitaran sekolah yang tidak teratur. Dengan kerjasama penduduk setempat, SKTSJ dapat mengatasi segala masalah yang dihadapi. Penduduk Selesa Jaya banyak memberi sumbangan untuk menceriakan kawasan dan bangunan sekolah.

Semenjak sekolah ini dibuka hingga kini, hanya 3 orang Guru Besar yang menerajuinya iaitu Tn.Hj.Mohd Yatim bin Ngapan, Tn.Hj.Mohamed bin Mandak, En.Md Supie Bin Ngadiman, Ramlah Bte Abdul Rahman, Kartini bt Abd Syukor dan termasuklah Pn Hjh Zainah bt Ngah selaku peneraju terkini. Bagi mengeratkan lagi hubungan sekolah dengan ibubapa, PIBG telah ditubuhkan pada 7 MEI 1995 dengan diketuai oleh En.Mahat Bin Johan sebagai Pengerusi PIBG yang pertama.

Kedudukan sekolah ini dikelilingi oleh beberapa taman perumahan seperti Taman Jaya Mas, Taman Nusa Jaya Mas, Taman Timur, Taman Melawati dan Taman Skudai Baru. Taraf kehidupan penduduk disekitar sekolah terdiri daripada golongan berpendapatan rendah, sederhana dan tinggi. Sebahagian besarnya datang dari sektor Swasta. Masyarakat sekitar terdiri daripada pelbagai kepercayaan, keturunan dan kaum.

Ramai bekas murid sekolah ini telah berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta.