Jamuan Akhir Tahun Bersama PIBG

Pada 23 November 2015, Badan Kebajikan Guru & Kakitangan bersama PIBG SKTSJ telah mengadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun di Pulai Spring Resort. Jamuan ini meraikan guru yang bersara iaitu Pn Hjh Zainah binti Ngah, menyambut kedatangan Guru Besar yang baru, En Asmuni bin Kaspan, guru yang berpindah iaitu En Zulkarnain bin Abd Hamid serta mengeratkan hubungan guru-guru, kakitangan sekolah dengan AJK PIBG sekolah.



Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada AJK PIBG dan En Asri selaku YDP yang banyak membantu merealisasikan majlis ini dengan jayanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan