Memaparkan catatan dengan label 2016. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2016. Papar semua catatan

KEM MAGIC MATHS Tahun 4

Program Kem Magic Maths ini dijalankan kepada semua murid kerana aktiviti yang dirancang dapat menarik minat murid untuk belajar Matematik sambil bermain. Terdapat kaedah yang baru untuk murid-murid membina sifir dalam membantu menyelesaikan soalan darab dan bahagi. Program ini juga menggunakan stesen-stesen aktiviti. Murid melakukan explore racer yang menyeronokkan. Ia dilengkapi dengan beberapa soalan yang mencabar minda untuk diselesaikan secara individu atau berkumpulan. 

Hari : Jumaat / 27 Mei 2016  : Kaedah Membina Sifir FCM

 Sabtu / 28 Mei 2016 : N-JOY MATHs  & Explorer Race


Diharap program ini dapat diteruskan lagi dimasa akan datang.
Baca Artikel Mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya

Program LINDUNGI PAYA BAKAU

27 April - Satu program kesedaran melindungi pokok paya bakau telah diadakan di sekolah. Program ini melibatkan murid tahun 3 hingga murid tahun 5.

Baca Artikel Mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya

FUN MATH - Tahun 5

Pada 23 April – Panitia Matematik dengan dibantu oleh AJK Kebitaraan Matematik telah melaksanakan satu program yang telah diluluskan dalam RFP 2016. Program FUN MATH – Explorer Race ini merupakan satu lagi kaedah pembelajaran bagi menjadikan Matematik mata pelajaran yang seronok dipelajari oleh murid-murid. Ia bertujuan menangkis tanggapan sesetengah pihak mengatakan Matematik itu susah. Program ini dijalankan secara berkumpulan dan individu sambil menerapkan nilai-nilai kerjasama antara mereka dalam menjawab soalan.

Diharap program yang dijalankan dapat memberi impak kepada murid-murid.

Baca Artikel Mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya

FUN MATHs - Soduku Tahun 4

16 April - Panitia Matematik telah melaksanakan satu program iaitu Fun Maths Soduku untuk murid tahun 4 seperti yang telah diluluskan dalam RFP 2016. Program ini disertai oleh murid tahun 4 seramai 84 orang.

Aktiviti 1 :       PENGENALAN SODUKU – En Mohamad Jarkasi
Guru menerangkan salah satu permainan Matematik yang digemari oleh pencinta Matematik. Menerangkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi dalam melengkapkan soduku. Selain itu juga, guru menerangkan teknik-teknik untuk menyelesaikan soduku.

Aktiviti 2 :       ASAS SODUKU – En Fong Mew Meng
Guru menerangkan cara-cara untuk mendahulukan penyelesaian soduku.  Membimbing murid dengan menyenaraikan nombor yang belum ditulis serta berkongsi idea untuk memudahkan penyelesaian.

Aktiviti 3 :       CUBA SODUKU – En Mohamad Rizal
Murid didedahkan dengan hiburan Matematik ini secara individu. Guru akan bersama-sama menerangkan cara untuk melengkapkan dan menyelesaikan soduku yang diagihkan.


Semoga program ini memberi manfaat kepada murid-murid.
Baca Artikel Mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya

Bengkel Kangaroo Mathematics Competition KMC


Pada 09 Mac 2016, Panitia Matematik telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab KMC yang telah disertai seramai 82 orang murid iaitu :
 
Tahun 6         = 41 orang
Tahun 5         = 12 orang
Tahun 3 & 4  = 28 orang
Tahun 2         =   1 orang

Murid tahun 6 telah diberi tunjuk ajar oleh Cikgu Gunalan dan Cikgu Fong di bilik SKK Matematik, manakala murid tahun 5 dibimbing oleh Cikgu Jarkasi di bilik Wawasan. Murid tahun 2, tahun 3 dan tuhun 4 dibimbing oleh Cikgu Rizal dan Cikgu Hishamuddin di makmal komputer.


Baca Artikel Mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya

Kursus Kepimpinan Murid Sekolah

27 Februari, sekolah telah mengadakan kursus kepimpinan untuk murid-murid sekolah. Kursus ini disertai oleh Pengawas, Pustakawan, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah serta Pembimbing Rakan Sebaya. Ceramah itu telah disampaikan oleh Cikgu Wakhi Anuar bin Ariff pada slot pertama. Slot kedua murid bergerak ke tempat masing-masing mengikut kumpulan tugas di sekolah.
Semoga aktiviti ini akan memantapkan lagi kepimpinan murid-murid dalam membantu tugas guru di sekolah.

Baca Artikel Mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya

Sambutan Maulud Nabi SAW

18 Februari - Panitia Agama Islam telah mengadakan sambutan maulud pada peringkat sekolah di kantin sekolah. Ustaz Hamka bin Idris telah dijemput untuk memberikan ceramah kepada murid-murid Islam.
Semoga ia dapat memberi manfaat kepada warga sekolah.

Baca Artikel Mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya

LINUS 2.0 Bersama Ibu Bapa

Pada 03 Februari, pihak sekolah telah mengadakan sesi pertemuan ibu bapa murid yang tidak berjaya melepasi saringan LINUS 2.0 pada tahun 2015. Pertemuan ini membincangkan masalah yang dihadapi oleh murid dan kaedah yang yang akan dilakukan oleh pihak sekolah dalam usaha mengatasi masalah tersebut.


Pihak sekolah akan mengadakan kelas bimbingan secara kumpulan kecil untuk murid yang terlibat selepas waktu pembelajaran iaitu pada pukul 12.40 pm - 1.10 pm.
Diharap usaha ini akan membantu murid-murid tersebut dan mendapat sokongan daripada ibu bapa. Baca Artikel Mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya

Jom Sihat Bersama Milo

Pada 18 Januari, pihak Milo telah datang ke sekolah untuk mempromosikan minuman berkhasiat tersebut. Sebelum setiap orang murid mendapat minuman percuma, diadakan senamrobik yang diketuai oleh cikgu Fazlin.


Baca Artikel Mengenai Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya