16 April - Panitia Matematik telah
melaksanakan satu program iaitu Fun Maths Soduku untuk murid tahun 4 seperti
yang telah diluluskan dalam RFP 2016. Program ini disertai oleh murid tahun 4
seramai 84 orang.
Aktiviti 1 : PENGENALAN SODUKU – En Mohamad Jarkasi
Guru menerangkan salah satu permainan
Matematik yang digemari oleh pencinta Matematik. Menerangkan syarat-syarat yang
perlu dipatuhi dalam melengkapkan soduku. Selain itu juga, guru menerangkan
teknik-teknik untuk menyelesaikan soduku.
Aktiviti 2 : ASAS SODUKU – En Fong Mew Meng
Guru menerangkan cara-cara untuk
mendahulukan penyelesaian soduku.
Membimbing murid dengan menyenaraikan nombor yang belum ditulis serta
berkongsi idea untuk memudahkan penyelesaian.
Aktiviti 3 : CUBA SODUKU – En Mohamad Rizal
Murid didedahkan dengan hiburan
Matematik ini secara individu. Guru akan bersama-sama menerangkan cara untuk
melengkapkan dan menyelesaikan soduku yang diagihkan.
Semoga program ini memberi manfaat
kepada murid-murid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan