Penangguhan Tarikh Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 2011


Ruj. Kami     :  JBA 1072/700-6/2/3/(06)
Tarikh           : 23 MEI 2011     

Kepada,   
Ibubapa/Penjaga Murid ,
SK.Taman Selesa Jaya,
81300 Skudai, Johor.

Tuan, 

Penangguhan  Tarikh dan Lokasi 
Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SKTSJ 2011 .

Perkara di atas adalah dirujuk. 

2.      Adalah dimaklumkan bahawa Perkhemahan Unit Beruniform yang dijadualkan pada 27,28 dan 29 Mei di Tiram Indah Village telah ditangguhkan ke satu tarikh dan lokasi yang akan dimaklumkan kemudian.

3.     Penangguhan  ini disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

4.     Kepada ibu/bapa/ penjaga yang telah membuat bayaran, bayaran tersebut boleh dikembalikan atau pun digalakkan untuk dibawa ke bayaran perkhemahan  akan datang yang  dijangkakan pada awal bulan Julai.

5.     Sekian untk makluman tuan/puan. Terima kasih.

“ BERKHIDMAT  UNTUK  NEGARA ”


Saya yang menurut perintah,


(KARTINI  BT. ABD.SHUKOR)
Guru Besar ,
SK.Taman Selesa Jaya ,
81300 SKUDAI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan