LARIAN 1 MALAYSIA DAN MAHKOTA PERDANA 2011

Johor Bahru - Pada 12 Feb 2011 bertempat di Dataran Bandaraya Johor Bahru telah di adakan Larian Perdana Mahkota sempena pelancaran 1 Murid 1 Sukan 2011. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim Tengku Mahkota Johor. Bagi menunjukkan sokongan, Sekolah Kebangsaan Taman Selesa Jaya juga telah sama-sama mengadakan Larian Perdana Mahkota dan Larian 1 Malaysia dengan kerjasama PIBG, RELA, pihak POLIS dan guru-guru.

Antara kategori yang dipertandingkan dalam larian tersebut ialah kategori Lelaki/Perempuan Bawah 11 (Tahun 3-4), Lelaki/Perempuan Bawah 12 (Tahun 5-6). Acara dimulakan dengan senamaerobik yang diketuai oleh En Mohd Ridzuan.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program larian ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan