SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SEKOLAH

Pada hari Jumaat 25 Februari 2011, sekolah telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Maulidur Rasul bagi tahun 2011/1432H.

Sambutan yang bertemakan 1 Malaysia 1 Ummah disambut dengan begitu meriah dengan pelbagai aktiviti seperti perarakan murid, ceramah, pertandingan kuiz, dan persembahan nasyid oleh murid-murid. Tahniah diucapkan kepada semua guru, kakitangan dan semua murid yang memberi kerjasama sepanjang majlis itu berlangsung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan