PENGALAMAN MENYAMBUT HARIJADI RAKAN YANG DI SAYANGI

Karangan oleh : Wan Nur Alya bt Wan Khairuddin

Pada cuti sekolah yang lalu,saya menyambut harijadi rakan saya yang ke-11. Saya berasa sangat gembira ketika menyambut harijadi rakan saya.

Sehari sebelum menyambut harijadinya, saya ke rumahnya untuk membantunya menghias rumah. Kami menghias rumah dengan bantuan kakak rakan saya yang memang mahir dalam bidang dekorasi.
Kami siap menghias rumah pada pukul 5.00 petang. Saya meminta diri untuk pulang ke rumah. Sebelum pulang ke rumah, rakan saya memeluk saya erat dan saya hanya membalas pelukkannya.
Keesokkannya,saya dan rakan-rakan yang tiba di rumahnya tepat pukul 9.00 pagi. Kebanyakan rakan saya menghadiahkannya sebentuk cincin. Sebelum acara memotong kek dimulai, kami bermain kerusi muzik, bola beracun dan lain-lain. Setelah hampir setengah jam bermain, kami rehat seketika. Tiba masanya untuk acara memotong kek. Ibunya membawa keluar kek coklat yang dihiasi dengan beberapa buah strawberi. Sebelum meniup lilin, dia membuat satu permintaan yang hanya saya sahaja yang tahu. Setelah memotong kek, dia menyuapkan kek tersebut kepada saya dan ibunya.
Kami menikmati kek tersebut dengan berselera sekali. Pada waktu petang setelah rakan-rakan yang lain pulang ke rumah,dia membuka kesemua hadiah yang dia terima. Dia mendapat beberapa bentuk cincin dan beberapa patung beruang yang sangat gebu. Dia sudah membuka kesemua hadiah yang diterima kecuali satu iaitu daripada saya.
Dia mengamati sebuah kotak kecil berwarna merah. Dia membuka kotak tersebut perlahan-lahan. Kandungan dalam kotak tersebut ialah seutas rantai berwarna perak dan mempunyai bentuk hati ditengah-tengahnya. Di saat itu air matanya berlinangan di pipinya yang putih itu. Dia menyarungkan kalung tersebut di tekaknya. Dia juga menghadiahkan saya seutas rantai perak yang juga mempunyai bentuk hati ditengah-tengahnya. Rantai tersebut ialah bukti persahabatan kami yang terpisah ketika kami berumur 7 tahun.
Setelah sekian lama berada di rumahnya,saya meminta diri untuk pulang ke rumah. Dia menghantar saya ke depan rumah dan ketika saya hendak bertolak pulang ke rumah dia menarik saya ke dalam pelukkannya. Saya juga memeluknya erat sekali. Lama juga kami berpelukkan sehingga saya menenangkanya dan berjalan pulang ke rumah.
Itulah pengalaman yang paling indah bagi saya ketika menyambut harijadi seseorang.