9 Cabaran Wawasan 2020

CABARAN 1: Mewujudkan sebuah negara yang bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama.
Ia lebih merujuk kepada sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya, secara adil dan didukung oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

CABARAN 2: Mewujudkan sebuah negara yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada, dengan apa yang dicapai, gagah menghadapi pelbagai masalah.
Maksudnya di sini, cabaran ini mahukan masyarakat Malaysia yang mudah dikenali dari sikap ingin mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuan, tidak mengalah kepada sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain.

CABARAN 3: Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik dan mengamalkan satu bentuk persefahaman matang.
Ertinya demokrasi masyarakat Malaysia yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun.

CABARAN 4: Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika
Ringkasnya, sebagai masyarakat Malaysia kenalah kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang tinggi.

CABARAN 5: Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur
Jelasnya, masyarakat pelbagai kaum di Malaysia bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara

CABARAN 6: Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif
Iaitu masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
.
.
(kalau aku ditakdirkan menjadi panel interview pada masa depan nanti, aku nak candidates tu huraikan pasal cabaran ke 6. Coz lebih merujuk kepada sains dan teknikal)

CABARAN 7: Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi
Ini beerti satu sistem sosial yang mana kepentingan masyarakat adalah lebih utama daripada diri sendiri, yang mana kebajikan insan tidak akan berkisar kepada orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

CABARAN 8: Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
Dalam cabaran ini lebih menjurus kepada masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, yang mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi dan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum

CABARAN 9: Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang boleh bersaing, dinamik, giat dan berdaya tahan.

Moga-moga kita akan dapat memahami sedikit sebanyak berkenaan 9 cabaran Wawasan 2020.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan